salam ukhwah

sharing is caring

Followers

Thursday, July 21, 2011

Budaya Memberi Salam

Istilah "salam" bermaksud sejahtera yang mana digunakan oleh semua individu sebagai tanda hormatnya apabila bertemu dengan seseorang. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi iaitu tempat sy dilatih menjadi seorang guru, memberi salam merupakan 1 budaya yang diamalkan oleh majoriti pelajar. Ia juga merupakan suatu perbuatan yang positif yang mana wajar diamalkan oleh setiap individu. Sama ada muslim @ none muslim.

Pengalaman sy sepanjang berada di SMK BBST ini tidak pernah lekang dari mulut pelajar untuk memberi salam kepada guru. Buktinya, setiap kali sy bertembung dengan murid-murid di SMK BBST, pasti ucapan salam diberikan sebagai tanda hormat. Alhamdulillah..Ini lah contoh yang terbaik mungkin juga boleh diamalkan di sekolah lain.


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur” (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)..:)

No comments:

Post a Comment