salam ukhwah

sharing is caring

Followers

Saturday, July 7, 2012

Pengalaman Pencuri Kafan – 7 Jenis Mayat Pelik

lama sungguh xupdate blog nie kan..huhhuhu..bz laa..nie boring2 nak update skit ilmu..td terbaca kt FB,,,harap dapat menjadi pedoman buat semua yg membaca..aminn..:)


Pengalaman Pencuri Kafan – 7 Jenis Mayat Pelik


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
” YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mayat mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
” Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
” Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
” Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
” Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..

Sunday, February 12, 2012

‎9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Salam UKHWAH semua...lama dh tak update Blog..hehehe..Bz skit...skrg dah ON9..buleh laa kita smbung menyampaikan dakwah secara xlansung..hehehe... BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"..hehehe..sama2 laa kita menyampaikanya ekk...wasalam...


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Koleksi
By: بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Thursday, October 27, 2011

Wasiat Imam SHAFIE

salam semua yg setia melawat blog yg xseberapa nie...aduhhh..lama juga xupdate blog nie..hehehhe.bz laa..bz i2kan lumrah hidup...ekk??..ok2..jom kita baca pa yang dcopy N paste dari fB yang berkaitan imam SHAFIE..sama la kita LAYANnnn...dONT forget DROP a comment too..=D

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.

Thursday, October 6, 2011

P0tOnG kUku Ikut SunaH NaBI

salam UkHWAH buat suma..terima kasih kerana masih ada waktu untuk usha blog yang xseberapa nie...=.=..kalaw duluw post pasal potong kuku N hari yang disunatkan potong kuku..tibalah masa kita tahu bagaimana nabi kita iaitu NABI MUHAMMAD S.A.W potong kuku..mungkin diantara kita dah taw dah pasal nie..hehehe..dengan niat dihati yang ikhlas nak kongsi ilmu..ayuhlah kita LAYANNN jew pa yang da kat post nie..DENGAN harapan ia dapat menjadi AMALAN kita semua..wasasalam..
potong kuku ikot turutan nombor diatas ya..=D

Info tambahan : 

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.

(Riwayat Ahmad).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Hikmah Memotong Kuku : 
Memotong kuku hukumnya sunnah bagi laki-laki dan perempuan baik tangan maupun kaki. Adapun hikmah yang terkandung didalam pensyariatan memotong kuku adalah menghilangkan kotoran yang melekat atau ada di celah-celah antara kuku dan daging. Jika tidak dibersihkan kotoran-kotoran itu bisa menghalangi air sampai ke permukaan kulit ketika kita hendak bersuci –baik wudhu maupun mandi-. Selain itu, jika dibiarkan memanjang, kemungkinan kotoran dan najis akan menempel padanya. Hal itu juga tidak baik untuk kesihatan.

Cara Memotong Kuku :

Jadi, memotong kuku bukan asal potong tapi ada kaedahnya. Walaupun hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari tubuh kita yang perlu kita hormati. Misalnya, potong kuku ada adabnya selain mengikuti harinya, kita juga haru membuang potongan kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajarkan, sebaiknya dibuang ke tanah karena kita juga adalah unsur tanah, Bukan tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Awali memotong kuku dengan Bismillah dan selawat keatas Nabi s.a.w dan memulai memotong dari jari telunjuk sebelah kanan sampai kelingking, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan terakhir ibu jari tangan kanan.

Untuk kuku kaki, mulaillah dari jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

wallahua'lam.......

Begitu indahnya Islam, sampai potong kuku pun diatur di dalamnya. Apa lagi perkara yang lebih besar dari itu.


sebelum potong kuku,carilah kepit kuku yang tajam dan tanpa karat..

itu je sunnah untuk hari ini... 
insyaAllah kalau ade yang lain nanti aku kongsi lagi oke..
oke bye~

Wednesday, October 5, 2011

Info TentanG Potong Kuku



barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu : keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit


Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan


Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat


Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit


Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan


Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit


Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih..




Potong Kuku Hari Jumaat Sunat Ke?




Saya ingin mendapat kepastian, adakah ada hari tertentu yang digalakkan untuk memotong kuku seperti pada Isnin, Khamis dan Jumaat? Manakala hari lain dikatakan kurang sesuai. Jika tidak berpeluang atau terlupa memotong kuku pada tiga hari berkenaan bolehkah kita memotongnya pada hari lain?



Jawapan : 
Memotong kuku termasuk dalam sunnah fitrah (Klik Sini). Ini jelas apabila Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.” (Riwayat Muslim)
Menurut Imam Syafie, disunatkan memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sama seperti mandi, bersugi, memakai haruman sebelum ke masjid.

Menurut riwayat Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w memotong kuku 
dan menggunting misai pada Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersolat. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)

Berkenaan terdapat hari tertentu memotong kuku, tiada hadis yang benar-benar sahih berkenaan mengerat kuku berkenaan. Ia boleh dilakukan tanpa mengikut hari tertentu. 


Ada hadis daif yang hukum beramal dengannya dibenarkan terutama ketentuan Isnin, Khamis dan Jumaat sebagai hari diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. 


Justeru, sunat memotong kuku pada hari terbabit manakala memotong pada hari lain masih dibenarkan sekiranya perlu..


sekadar hiasan..tudia..law cmnie laa..bankrap kilang kepit kuku..HAHA..

Tuesday, October 4, 2011

Hajat xKEsamapiAN...T.T

TU dia pUnya STUDY..xIgat pa daHHH...stUDY HARd!!!!!!!

salam ukhwah buat suma kawan yang lalu kew,singah kew,jenguk kew..suma laa...tq2 coz sampy jga ke blog yg xsbrpa nie....

hehhehe..korang suma,sory psal Daq_blurr A.K.A Pie_keret skrg bzy gan FINAL EXAM..tggal satu paper jaa g..paper nie pntg sggt2..ECS208_BASIC SOLID MECHANIC..law yang taw tu..mmg taw law cmna paper nie nak kill student2 yg ambk paper nie...so,skrg nie jarang2 laa update blog..law nak FOLLOW or SHOUT tuhh..silakan..INSYA'ALLAH..law da msa,akan di rEply...mmg masa tuh da..cma kita jaa yg mlgahkanNYA kan..hahhaha...


Pa2pon..thanx kpada suma yg smpy kat blog nie...AKHIRKATA,majulah blog,utk negara...ekk??..hahahhaha
Tudia..bLoM pa2 G dah PENgsaN..stdy HARD la KonOn..=(

LekluU..Resst Kan MinDA lu..bIAq oTak jew Yang serap..perhhhh...

P/S : kepada yang baca post nie sila2 la komen,t lagy senang nak hit baCK..N jgn lupa doakan kjayaan pie_KEreT lam exam nie Ok..aMENNN..ASSALAMUALAIKUM..=)

Sunday, October 2, 2011

Tujuh Kalimat YANG harus dibiasaKAN..


1.Bismillahirrahmanirrahiim :)
Setiap kali hendak melakukan sesuatu.


2.Alhamdulillah :)
Setiap kali habis melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah :)
Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.Insya Allah :)
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :)
Bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :)
Jika melihat/menghadapi musibah.

7.Lailaha illallah :)
bacalah siang & malam sebanyak2nya.


Rasulullah SAW bersabda :-

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala...